Di Dunia Ini Ada Dua Jenis Isa
Di dalam dunia ini ada dua jenis ‘Isa, iaitu:
(a) ‘Isa versi Islam
(b) ‘Isa versi Kristian
‘Isa versi Islam merupakan seorang manusia 100%. Baginda hanya
merupakan seorang nabi. Baginda tidak dibunuh dan disalib. Al-Quran
telah menjelaskan hal ini dengan nyata:
“Dan kerana ucapan
mereka : ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, ‘Isa anak Maryam,
Rasul Allah’, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula
menyalibnya…” ( Surah An-Nissa: 157)
‘Isa versi Kristian adalah
manusia/tuhan Yesus yang telah mati dibunuh oleh orang-orang Yahudi.
Kitab Injil ada memberitakan hal ini:
“Tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahwa ia telah mati….” (Yohanes 19:33)
“Ia pergi menghadap Pilatus dan meminta mayat Yesus. Pilatus
memerintahkan untuk menyerahkannya kepadanya. Dan Yusuf pun mengambil
mayat itu….”(Matius 27:58-59)
Lantaran terdapat dua versi Nabi
‘Isa dalam dunia ini, maka umat Islam perlulah mengetahui siapakah yang
akan hadir pada akhir zaman ini, sama ada ‘Isa versi Islam atau ‘Isa
versi Kristian?
Soalan: Menurut Islam siapakah Nabi ‘Isa yang akan hadir di akhir zaman nanti?
Jawapan: Pertama sekali, kita perlu faham bahawa Al-Quran telah mengajar kita bahawa
1. Allah adalah Tuhan semesta alam (Surah Al-Fatihah, ayat 1)
2. Allah itu tunggal, bukannya tritunggal/triniti (Surah Al-Ikhlas, ayat 1)
3. Allah tidak beranak atau diperanakkan (Surah Al-Ikhlas, ayat 3)
4. Tiada satu pun yang menyerupai-Nya (Surah Al-Ikhlas, ayat 4)
Kedua, kita perlu memahami pengakuan Nabi ‘Isa di dalam Al-Qur’an bahawa baginda bukanlah Tuhan Allah:
“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Hai ‘Isa putera Maryam,
adakah kam mengatakan kepada manusia: ‘Jadikanlah aku dan ibuku dua
orang tuhan selain Allah?’. ‘Isa menjawab: ‘Maha Suci Engkau (ya Allah),
tidaklah patut bagiku mengatakan sesuatu yang bukan hakku
(mengatakannya). Jika aku katakan demikian, maka tentu Engkau
mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada dalam diriku dan aku tiada
mengetahui apa yang ada pada diri (Zat) Engkau. Sesungguhnya Engkau
Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.’” (Surah Al-Maidah: 116)
“Aku ['Isa Al-Masih] tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali
apa yang Engkau perintahkan kepadaku, iaitu: Sembahlah Allah, Tuhanku
dan Tuhanmu dan aku menjadi saksi atas mereka, selama aku hidup bersama
mereka, Tatkala Engkau mewafatkanku, Engkaulah yang mengawasi mereka.
Dan Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Maidah: 117)
Jadi siapakah Nabi ‘Isa yang akan muncul di akhir zaman menurut
Al-Quran dan Al-Hadis? Sudah tentu Nabi ‘Isa versi Islam, Rasul Allah,
manusia 100% dan bukannya tuhan, kehadirannya adalah untuk membersihkan
dirinya daripada dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Inilah yang
dimaksudkan dalam Al-Quran yang berbunyi:
“Ingatlah ketika
Allah berkata: ‘Ya ‘Isa, sesungguhnya Aku mengangkat engkau dan
meninggikan (derajat) engkau kepada-Ku dan menyucikan engkau dari
orang-orang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikut engkau di
atas dari mereka yang kafir, sampai hari kiamat….’” (sebahagian dari
terjemahan Surah Ali-Imran:55)
Soalan: Adakah ayat ini
menunjukkan orang Kristan sekarang ini di atas orang yang kafir kerana
mereka adalah pengikut Nabi ‘Isa versi Kristian?
Jawapan: Sila
perhatikan ganti nama Nabi ‘Isa ditulis dalam huruf kecil yang bermakna
dia manusia. Dan perlu anda ketahui bahawa kaum Kristian tidak menulis
terjemahan ayat itu hingga tamat bacaan kerana takut pendustaan mereka
terbongkar. Akhir ayat itu menegaskan bahawa pada akhirnya Nabi ‘Isa dan
sekalian manusia akan kembali kepada Allah , dan Allah-lah yang akan
menjadi Hakim di Hari Kiamat. Hujung ayat itu berbunyi:
“‘…Kemudian tempat kembalimu hanyalah kepada-Ku, lalu Aku hukum antara
kamu tentang apa-apa yang kamu perselisihkan.’”. (Surah Ali Imran :55)
Soalan: Sila jelaskan lebih lanjut mengenai persoalan Nabi ‘Isa versi Islam yang dinyatakan di dalam Surah Ali Imran?
Jawapan: Allah mengajar Nabi Muhammad dan umat manusia mengenai kejadian Nabi ‘Isa di dalam Surah Ali Imran yang berbunyi:
“Demikianlah Kami bacakan kepada engkau (ya Muhammad) beberapa ayat
dan Kitab yang hakim (berisi hikmah)” (Surah Ali Imran: 58)
“Sesungguhnya umpama (kejadian) Isa disisi Allah, seperti (kejadian)
Adam, Allah jadikan dia dari tanah, kemudian Allah berkata kepadanya:
‘Jadilah engkau’, maka jadilah ia”. (Surah Ali Imran: 59)
Soalan: Jadi itu bermakna hadis-hadis Nabi Muhammad dan syarahan ulama-ulama Islam adalah merujuk kepada Nabi ‘Isa versi Islam?
Jawapan: Benar, sudah tentulah ia merujuk kepada Nabi ‘Isa versi Islam
Soalan: Bagaimanakah dengan hujah-hujah kaum Kristian yang berlandaskan kitab Injil?
Jawapan: Kita tidak perlu khuatir dan menyusahkan fikiran kita dengan
memikirkan hujah-hujah dari kitab Injil kerana kitab Injil telah
dibuktikan korup, menyeleweng, hilang keaslian dan bercampur antara ayat
yang haq dan ayat yang batil. Buktinya kaum Kristian tidak berpuas hati
dengan hanya menyelewengkan kitab Injil dan cuba pula hendak
menyelewengkan kitab suci Al-Quran. Contohnya dalam kes ayat 55, Surah
Ali Imran tadi.
Kesimpulan: Al-Quran, Al-Hadis dan ijma’ ulama
Islam tidak pernah bersetuju bahawa Nabi Isa yang diceritakan dalam
al-Quran merupakan Yesus Kristus, tuhan orang Kristian. Perlakuan orang
Kristian memalsukan ayat Al-Quran yang tersebut di atas untuk tujuan
menghalalkan ajaran agama mereka ini tidak ubah seperti meletakkan tanda
halal pada makanan yang tidak halal bagi umat Islam. Contohnya kejadian
penggunaan enzim lemak khinzir di dalam produk Ajinomoto keluaran
Indonesia. Di luar kulit mereka gunakan simbol Islam iaitu halal tetapi
hakikatnya produk itu telah tercemar!
Firman Allah :
“Segolongan di antara orang-orang Ahli Kitab bercita-cita hendak
menyesatkan kamu, dan tiadalah mereka menyesatkan (orang lain), hanya
diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedarinya.” (Surah
Ali-Imran: 69)
Di Dunia Ini Ada Dua Jenis Isa
Reviewed by Unknown
on
Monday, December 26, 2011
Rating: 5
No comments:
Post a Comment